Kehidupan peribadi Iqram_Dinzly

Di awal kemunculan beliau di kaca televisyen, beliau sering dikaitkan dengan rakan seperjuangan Anding Indrawani sebagai "Gay Boy" yang sedikit sebanyak merencatkan reputasi beliau sebagai bakat baru yang sedang meningkat naik di pertengahan 2000-an dahulu.[3] Tuduhan ini dinafikan sekeras-kerasnya kerana mereka berkawan baik.[perlu rujukan]

Setelah membawa diri ke Langkawi, beliau sekali lagi terpalit kontroversi kononnya mempersendakan agama dengan berserban ke kelab malam. Iqram menjelaskan beliau hanya berfesyen semata-mata kerana di pulau peranginan terkemuka itu di kala siang agak panas dan bahang tetapi agak dingin dan sejuk di waktu malam.[4]

Selepas kematian bapanya, Iqram mencetuskan kontroversi lagi dengan memuat naik video secara langsung beliau menari-nari di instagram tanpa sebarang motif. Netizen menggelarkannya "gila, depresi". Tetapi, Iqram mendapat sokongan kuat rakan-rakan artis yang mengenalinya secara peribadi dan mereka percaya Iqram berbuat begitu hanyalah untuk berekspresi semata-mata bukan untuk menarik perhatian media mahupun publisiti murahan.[5]

Pada Februari 2018, Iqram mengalami kerugian hampir RM15,000 selepas kediamannya di Damansara dimasuki pencuri, antara barangan yang hilang ialah komputer riba milik arwah bapanya. Malah laman Instagram beliau turut disekat dari capaian.[6]

Pada 15 Januari 2019, Iqram diisytihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas beliau didapati gagal membayar cukai pendapatan sebanyak RM77,000. Perkara itu didedahkan oleh Iqram di laman Instagramnya. Beliau menerima notis tersebut daripada peguam LHDN di Mahkamah Majistret Ipoh pada tarikh sama, Iqram turut menjelaskan beliau berkemungkinan tidak akan kembali berlakon.[7][8][9]

Rujukan

WikiPedia: Iqram_Dinzly http://www.dharian.com/nodes/8211 http://www.imdb.com/name/nm3634379/ http://zonfiniti.com/2011/09/iqram-dinzly-biodata-... http://www.hmetro.com.my/articles/KonflikhidupMaya... http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2014/09/23/... http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130501/h... http://www.utusan.com.my/hiburan/ig-disekat-rumah-... https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/iqram-dinzl... https://www.facebook.com/iqramdinzly.fanpage https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/...